Artikel Separa Siap-Lawatan ke Indonesia (Hamka Trip) bersama Jejak Tarbiyah

Kesibukan yang melanda,kerja bertangguh-tangguh.Kadang-kadang membuatkan kita lupa meskipun kita telah memulakannya.

Itulah yang berlaku kepada saya.Pesan Puan Saadiah & En.Hafiz,Pembimbing kami semasa lawatan Hamka ke Indonesia pada dua tahun lepas,supaya menghantar artikel.Saya bersama Danial (Pelajar Kuliah Syariah Madinah) telah ikut serta dalam lawatan ini.

Sebenarnya lawatan yang saya ikuti pada waktu tersebut adalah lawatan yang berbeza daripada yang sebelum dan selepasnya.Dalam lawatan tersebut,dibawa barisan ustaz dan penulis terkenal dalam Tanah Air bagi merungkap memori dan ibrah sepanjang lawatan.Antara yg ikut pada waktu tersebut Tuan Pahrol Juoi,Ustaz Ashaari (Penulis dan Ahli Tafsir di Malaysia),ada juga kolumnis2 majalah dari Telaga Biru,yang saya xingat nama mereka.

Setelah berakhir lawatan tersebut,kami para peserta diminta untuk menghantar artikel.Bahkan pihak penganjur telah memberikan kami cara menulis,outline dan pelbagai cara lagi utk submit artikel.Menurut mereka,setiap artikel yang dihantar akan dikumpulkan dalam satu cerpen ataupun buku khas yang memuatkan perihal HAMKA dan lawatan ke Indonesia.(Versi Khas)

dan inilah tujuan saya menulis di laman saya,untuk saya meletakkan semula artikel saya yang separa siap,paling kurang..kuranglah sedikit rasa bersalah saya.paling tidak,saya telah memulakan tapi tidak menyiapkan apatah lagi nk submit.

berikut adalah artikel saya yang separa siap;

Aku belajar dari Alam!

Demikianlah yang kurasakan hasil dari permusafiran ini.Walaupun Malaysia cuma jarak perjalanan 2jam daripada Indonesia.Namun,terasa besar dan teruja dek semangat perjuangan Buya Hamka.Beliau telah mengabungkan satu corak pemikiran baru,arus perubahan yang mengubah nasib anak desa kepada sebuah bangsa yang bertamadun serta

Ayah Hamka,merupakan seorang tuan Guru Pondok yang Berjaya mendidik dan mentarbiyah anak-anak kampung.Bapak rintik,Anak borek.Hamka juga seperti ayahnya,biar berlainan cara dan gaya didikan dan tarbiyahnya pada anak muda,namun tujuan mereka cuma satu.Membangun dan membina generasi anak muda yang akan melestarikan perjuangan dan dakwah Islam di tanah air mereka.

Angin begitu dingin menghembuskan bayunya,pohonan rimbun menghijau mendamaikan lagi mata memandang.Begitulah agaknya yang memicu hati anak muda ini,Hamka yang  belajar dari Alam,merenung ilham dan menghasilkan karya-karya yang bertahap nilam!

Semua ini berperanan secara tidak langsung.Manakan tidak,Allah azza wa jalla sendiri sering menyebutkan perihal langit dan bumi.Ciptaan Allah yang terhebat,yang menundukkan ke-egoan setiap insan yang merasakan dirinya hebat,menenangkan jiwa dan hati yang memandang ke langit yang  lapang dan luas tidak berpenghujung.Itulah hikmah penciptaan langit dan bumi.

Bangsa Minangkabau banyak belajar dari Alam.

Inilah artikel saya,dah 2 tahun baru saya dapat muat naik ke laman saya.

Semoga bermanfaat buat saya dan anda.

Belajar Dari Alam!

Advertisements

Kitab Mazhab Syafi’iyyah

Alhamdulillah,antara target Expo buku uim kali ini adalah fokus pada kitab-kitab Mazhab Syafi’iyah.

Jazakallah Kheir Akhy Akmal sbb sudi temankan ke Expo Buku.(Sebab Kereta masuk bengkel & dia lagi tahu banyak kitab yang bagus+sesuai). 

Mazhab Syafi’ie adalah mazhab feqah yg byk dipraktikkan di Nusantara spt Malaysia,Indonesia,Singapura,Brunei,Thailand bahkan byk lagi.Termasuk juga Negera Mesir.

Kelemhan kita bila xtahu pasal mazhab lain,kt kadg2 merasakan kita yg benar dan orang lain salah.dan lebih parah mula mengatakan pandagan2 org yg menyelisihi kita tidak berasas walhal pandagn mereka dinuqil oleh ulama2 mazhab feqah.

kadg2 byk perkara kt xprasan,sy sendiri trkejut bila ada perbahasan feqah syafi’iyyah memakai kasut atau selipar mesti dalam keadaan duduk,dlm bab nikah-antaranya memilih calon isteri yg lebih putih,lebih rendah dari suami, dan banyak lagi.

bahkan Masyaikh sini sering menasihati kami supaya mempelajari dan memahami mazhab feqah di negara masing-masing.sebab tulah kali ini fokus kaji dan belajar mazhab syafi’ie.

Antara kitab yg menjadi pilihan saya (sesuai dgn budget sy);

  1. منهاج الطالبين تأليف الامام النووي – طبعة دار المنهاج
  2. كفاية الأخيار شرح متن أبي شجاع تأليف الإمام تقي الدين أبي بكر الحصني – طبعة دار المنهاج
  3.  فتح الرحمن بشرح زبد ابن رسلان للإمام شهاب الدين العباس أحمد الرملي – طبعة دار المنهاج
  4. الياقوت النافيس في مذهب ابن إدريس تأليف الإمام أحمد بن عمر الشاطري – طبعة دار المنهاج
  5. متن سفينة النجاه للشيخ السالم بن سمير الحضرمي
  6. المسائل الفقهية التي إنفرد بها الإمام الشافعي من دون إخوانه من الأئمة.للإمام ابن الكثير – عماد البحث العلمي

Faedah

  1. Majoriti masyarakat islam di Malaysia adalah bermazhab Syafi’ie,jadi-kita kena mengenali dan mempelajari mazhab syafi’ie supaya dapat memahami amalan masyarakat & berdakwah dgnnya.
  2. Penuntut Ilmu perlu mempelajari asas-asas mazhab supaya dapat mengenali titik perbezaan dan persamaan.
  3. Mazhab merupakan satu pemudah cara dalam memahami Fiqh,namun kembali kpd Al-Haq adalah lebih utama dari mengikuti pandangan mazhab.

wallahuaklam.

KSA khutbah jumaat-Arak?

khutbah jumaat di masjid Qiblatain hari ini…aneh pada mulanya..dan semakin menarik..dan menarik.

saya mengamati mesej apa yg sebenarnya yang hendak disampaikn.Khatib brbicara berkenaan arak.membawa dalil-dalil menerangkan haram arak dan perkara memabukkan.

setiap arak adalah haram.setiap perkara yg memabukkn adalah haram (hr tirmizi)

pd awalnya sy rasa aneh+hairan,sebab mcm xpraktikal.sbb di Negara Arab Saudi,mmg tiada arak dan tidak dibenarkan penjualan arak sama sekali.tapi khutbah ttg arak.

dan sy rasa semakin menarik apabila khatib mengaitkan dgn maqasid syariah.Bagaimana hubungkait arak & memabukkan boleh memberikan implikasi pada aqal.
dan rupanya,penghujahan pada awal tadi membawa kepada perbahasan bahaya dadah.yg memabukkan & menghilangkan akal.Penghujahan begitu kemas dan nampak cara pengeluaran hukum dioleh daripada AlQuran & Hadis yg berkesinambunan dengan pengharaman arak & perkara yg memabukkan.

Masyallah!
Khatib juga mengatakan ini adalah jihad yang paling adfdal pada masa kini dan menjaga maslahat masyarakat.Mencegah penyalahgunaan dadah & bersama pihak berkuasa membanteras aktiviti dadah.

bila khatib sebut berkenaan maslahat masyarakat..sy mula memikirkan memang benar.mereka yg mengambil dadah sebenarnya memberikan ancaman yg besar dlm masyarakat.(pada masa yg sama merosakkn diri mereka sendiri).apabila mereka “mabuk” atau hilang akal,mereka akan mula bertindak tidak waras dan melakukan perkara perkara diluar batasan.

kita sering mendengar isu-isu seperti ragut,rompak,mencuri bahkan membunuh.kebanyakan ada hubung kait dgn penagih dan aktiviti yg melibatkan dadah.Lebih menyedihkan lagi,sampai ada yg membunuh ahli keluarga sendiri akibat terkesan dengan dadah.Negara kita tidak aman kerana bimbang dengan dadah.

Ada yang memandu dengan tidak senonoh,baik motor atau kereta.Melakukan aktiviti vandilisme,merosakkan harta benda awam dan banyak lagi.Akibat Kesan Penyalahan Gunaan Dadah.

selesai Jumaat- masjid Qiblatain

Khatib juga mengatakan antara sebab terjerumus dalam aktiviti dadah adalah disebabkan salah memilih teman.sy tidak menafikan,kawan atau teman merupakan satu lumrah kehidupan.Namun salah memilih teman,ia dapat memberikan implikasi buruk pada kehidupan.

Akhir kata,Bertemanlah dengan orang-orang baik.Jauhi Dadah dan segala perkara yang boleh merosakkan akal.
*khutbah bermula 12:27-12.50 (23 min)*

solat habis 12.56..

 

Hood Shah,

Masjid Qiblatain,Jumaat

16 Sya’ban 1438 bersaman 12 May 2017

masjid di sini sedekah air,kalau di malaysia-biasanya bagi buah pisang

Pesta Buku UIM ke-34

alhamdulillah.hari ini hari pertama pembukaan pesta buku.walaupun kalendar universiti begitu padat,baru sahaja selesa pesta kebudyaan uim..disambung pula dgn pesta buku.
tambahan lagi,para pelajar diambang peperiksaan dan banyk assingmnt dan mid-term.moga pesta buku kali ini terus meriah dan menarik dgn pelbagai booth2 buku dan badan dakwah KSA.

alhamdulillah.

hari pertama,dpt jugak sy beli beberapa buah kitab yg menarik perhatian sy.mostly lebih kepada sejarah dan juga sakhsiah.

total hari inie..7 buku.

١)حقيقة من التاريخ – ما بين وفاة الرسول صلى الله علي-وسلام إلى مقتل الحسين رضي الله عنه تأليف عثمان بن محمد الخميس
)دار إبن الجوزي)

تيسير المنان في قصص جمع و ترتيب أحمد فريد (دار إبن الجوزي)

٣)البرامج الإعلام الأمة الإسلامية تأليف إبراهيم بن فريهد العنزي (دار إبن الجوزي)

٤)من أحكام الحج والعمرة – مسائل يكثر السؤال عنها تأليف عبد الله صالح الفوزان (دار إبن الجوزي)

yg lagi 3 beli kat luar,kedai Dar Nasihah,

١)تاريخ الخلفاء وللإمام السيوطي رحمه الله (دار المنهاج)

٢)دليل سالكين – تهذيب مدارج السالكين (مؤسسة السماحة)
٣)٢٥ خطوة عملية في حفظ القرآن الكريم تأليف جمال القرش (مكتبة التوبة)

semoga kita semua diberikan kesungguhan dan kesabaran dalam menuntut ilmu,mgamalkannya serta share pd kawan2.

#ada rezeki nanti boleh dtg pesta buku lagi.

Talent Pools + Build Up Character

Alhamdulillah,lama betul saya xupdate nota saya ini.(saya anggap website hoodshah.com ni sebagai nota saya.paling kurang-nota nota ini menjadi peringatan buat diri saya dan juga menjelaskan diari hidup saya yang sebenar.

Alhamdulillah,walaupn dah lebih 2 minggu perjumpaan-Liqa Ilmi Governance & Financial Management..tetapi nota & istifadah masih segar dalam ingatan.Hal ini menyebabkan saya rasa wajar saya catat dalam web peribadi saya.dan waktu sy mengemas libray saya,saya dah terbuang nota tu.nota ada dlm pic bawah nie.(abaikan tulisan yg kurang cantik tu).bagi saya lebih bagus kita tulis dalam internet sbb kertas ni xkekal dan bukan boleh dibawa ke mana-mana.Contoh,anda simpan ke nota-nota2 yg anda tulis dulu-dulu?senang ke nk baca balik di?dimana?dan bila??

oh.back to our topic?

talent pools & bulid up character mmg tajuk favourite saya.sbb sy mmg minat sangat perkara yang berkaitan dengan management.Thanks & Jazakallah kheir jaza` pada Bro Syaril yang sudi luangkan masa dan curahkan ilmu,serta belanja kami Dinner malam tu.

Jadi perjumpaan malam tu berkisar berkenaan dengan planning.Bro Syaril memang orang yang hebat dan berpengalaman dalam management & Human Resources.Dia kongsi dengan kami dari sudut theory & practical

SmartSelectImage_2017-05-09-03-38-51

iklan program

 

tentang pengurusan korporat (governance) – kawal selia sebuah syarikat terutama dalam membina dan membentuk generasi pelapis (Talent Pools).Hal demikian kerana legasi dan keunggulan sesebuah syarikat perlu disambung oleh generasi yang akan datang.

Tidak hairanlah,banyak syarikat-syarikat gergasi jatuh kerana mereka tidak mempunyai pelapis dan penganti yang berkebolehan.

tambahan Bro Syaril,untuk mencari orang yang pandai sangat mudah dan banyak,tetapi perkara yang diutamakan adalah nilai dan sikap individu itu sendiri.Kes Rasuah,Khianat,Hilang duit perkara yang sering terjadi dalam mana-mana syraikat.sebab?mereka tidak ada sifat amanah,setia dan jujur dalam berkhidmat.Sikap inilah yang menjadi faktor utama dalam penilaiaan talent pools disamping ilmu dan kepakaran berkerja.

 

Berkenaan dengan build up character,Bro Syaril mengingatkan kepada kami konsept SWOT (strength-weakness-opportunities-threats) dalam menilai keperibadian kita.Analisa Diri.Jadi nasihat Bro Syaril pada kami supaya mengasah bakat dan kebolehan diri supaya dengan build up character tersebut kita boleh pergi lebih ke hadapan dan cemerlang dalam kerjaya.

 

Kesimpulan,sakhsiah diri perlu dibentuk dan dilatih melalui sekarang.Dengan keperibadian yang baik dan hebatlah yang boleh membezakan kita dengan orang lain.Talent Pools pula menjadikan kita sebagai masyarakat yang akan memikir masa depan dan senantiasa mewujudkan generasi-generasi baru yang akan meneruskan legasi kejayaan yang telah dibina.

Persoalan saya?Nabi shallallahu alaihi wa sallam dan para sahabat telah memberikan legasi kejayaan dan kemenangan dalam sejarah Islam,adakah kita ingin menjadi taleent pools mereka?Renungkan dan fikirkan -terus bertindak!Bermula diri Anda!

IMG-20170509-WA0001

20170509_033502

catatan ringkas saya

Books & Toys-Unaizah

alhamdulillah..biar pun full-dawrah..sempat juga shopping petang2.

ksian dekat baby hany duk bilik.at least ada mainan nk main.

1)sirah,ibnu hisyam-promo 21sar

2)ar-ruh,ibnul qayyim-promo 9sar

3)business model generation,alexander osterwalder-169sar

4)how to write a businss pla,brian finch 49sar

dan beli mainan buliding block untuk hany.

buku-buku

buliding block-play set 50pcs

semoga bermanfaat!

KSA-renew istimarah

alhamdulillah.hari ini urusan dalam 2-3 jam je boleh siap semua urusan.

saya akan share beberapa perkara tentang cara@kisah renew istimarah.dulu saya ada share pasal cara buat lesen kereta tapi blog saya dah terdelete.

PRO & KONTRA

dan ramai orang kata untungnya ada kereta kat saudi sbb xpyh renew roadtax.sebenarnya ada pro n kontra.di KSA,tak dipanggil roadtax tapi dipanggil istimarah (geran kereta yang perlu direnew selepas tamat tempoh,1-3 tahun)

untuk renew istimarah,perlu lulus fahas (macam puspakom).dan ini yg paling payah jika kereta korang banyak rosak dan kemek2 sebab kena repair/cat dulu baru boleh bawa ke fahas.kos ini yg mahal.

https://hoodshah.wordpress.com/2016/05/24/ketuk-kereta/
insurans di malaysia bergantung pada cc.tapi di KSA,dia pukul rata.(kalau salah betulkan saya).untuk kereta biasa 1000 riyal.kalau di malaysia kancil baru 250myr .4 wheel 500 myr dan ada pilihan 3rd party.

dulu tahun 2013 & 2015,insurans dlm 500 riyal boleh dpt.2016,insurans starting 1000 riyal.

disini ada penalti jika lambat renew istimarah,dlm 150 sar per tahun.saya lambat renew dlm 2minggu,sbb hari tu pergi dawrah Qassim.

untuk dapatkan istimarah baru,perlukan ikut beberapa langkah.

fahas>insurans>bayar yuran renew>balai polis

LANGKAH 1

fahas (puspakom).terletak dekat dengan kilang pencetakan quran malik fahad.di sisi kanan.kena u-turn.depan lagi sehingga parking bas saptco.

kena beratur panjang,tunggu giliran.yang lama sebab beratur menunggu.kadg2 beratur 2jam sahaja.alhamdulillah,saya pergi xde org.datang2 terus inspection.

sbb bulan ramdhan arab xactive waktu pagi.kereta saya memang problem asyik mati2.risau jgak kalau mati tengah2 jalan.kena hon nnt.ngam2 lps sy inspection,banyak kete dh berpusu-pusu databg.tp tetap xbanyak mcm hari biasa.

kereta saya bayar 73 sar.nasib baik dikira small vehicle.

resit pembayaran-bayar dulu baru buat fahas.

korang tengok sendiri apa yang dia nak kan seperti lampu,hon etc.

saya turun dari kereta dan tunggu ditepi,macam puspakom.staff dia akan bawa dan test kereta kita.

check bawah engine-utk leaking etc

alhamdulillah,hari ini mood staff ni baik.sepatutnya xlepas sebab ada sticker tinted hitam kat depan (utk silau matahari) dan lampu brake belakang.

saya dah dapat stikcer fahas,cuma borang fahas dia xbagi sebab dia suruh g kedai sebelah repair n buang tinted depan.

saya pun pergi kedai sebelah,cakap pasal tinted.ini antara perangai arab.sorg cakap okei,sorg ckp xokei.dont worry.korg kena sabar je.pomen repair kata,ko punya tinted okei.pergi ckp dgn FAHAS,شيء بسيط.saya kata okei la mcm tu.repair lah lampi belakang pulak.dia xnak.dia kata ko pergi fahas dulu kata pasal tinted tu dan kalau xokei bawa surat reject fahas.(kereta2 yang xlepas,dia akan bagi surat reject).sedangkan saya dah bagitahu awal2,fahas dah lulus kereta saya cuma suruh repair yang patut.

saya pergi kali ke-2,xpayah beratur.just direct kaunter.cakap pasal tinted tu okei.fahas tu kata,okei dan pergi balik repair lampu.saya pun pergi balik kedai repair lampu.baru dia buat.nasih baik 30riyal.saya dh risau dah.alhamdulillah.

lampu belakang xmenyala.saya memang xprasan sebab ingat lampu smua dh okei.


dah selesai repair,baru sy ke fahas.cakap dh repair.staff fahas xcheck pn.itulah keunikan disini kejujuran dan sikap saling mempercayai.

alhamduillah.selesai fahas.

sticker fahas-valid cuma setahun sahaja.

surat lulus fahas-masa ini saya muhasabah.tentang bagaimana kita kat akhirat masa diserahkan catatan amalan.kanan atau kiri.jadikan lah kami dalam golongan kanan,ya Allah.
LANGKAH 2

perlu ke mana2 syarikat insurans kereta.ada banyak.saya buat dekat dengan balai polis.sebab senang nak g dapatkan istimarah yang baru.

saya survey merata sebab saya terkejur harga 1000 riyal.rata-rata saya pergi semua 1000 riyal ke atas.ada yang 1030 riyal etc dan syarat driver mesti 40 tahun ke atas.last2,saya pergi kedai insurans ni jugak.

LANGKAH 3

pembayaran yuran pembahauran istimarah.dan disini adalah keunikan KSA.segala pembayaran mesti dibuat direct pada bank atas nama akaun kerajaan.macam di malaysia,kita bayar pada kaunter2 kerajaan dan boleh terdedah pada budaya rasuah.di KSA,semua nya bayar di bank.baik saman,bil elektrik etc.

mcm pembayaran boleh dibuat melalui

1)kaunter pembayaran elektronik.

caj yang dikena biasanyq 30 riyal utk per service.kedai ini ada di banyak tempat.

2)melalui akaun ar-rajhi sendiri

saya bayar direct pakai rajhi sendiri

yurannya adalah 150 riyal.

LANGKAH 4

penyerahan dan pengambilan kad istimarah yang baru.

penyerahan ini hanya di balai polis murur di jalan raja abdul aziz.

dan sebenarnya kena melalui website moi.gov.sa,masukkan segala maklumat dan baru boleh enter.

untuk kes saya berbeza,saya dapat login cuma xboleh masuk sebab istimarah saya dah expired 2minggu dari tarikh mati.28 Syaban xsilap.

so,sepatutnya ada langkah baru.tapi saya masukkan sekali dalam langkah terakhir nie.

jadi saya sekarang direct ke kaunter penyerahan,tingkat 2.(reminder-Groundfloor>tingkat 1>tingkat 2)

beratur serahkan kad istimarah lama.

orang xramai bulan ramadhan

alhamdulillah.dh siap.dia akan panggil nama jika dah siap.sebenarnya dah lama kad saya dah siap.tu sy pelik dia xpanggil.tahu la nama saya pendek 3 huruf je.kadg2 xclear kalau org panggil.jd sy pun ke kaunter mmg nampak kad saya kat meja dia.dan saya pun minta terus.

KESIMPULAN

selesai urusan renew istimarah ada 3tahun lagi baru kena renew.1440hijrah.(sekarang 1437h)

tentang insurans tu kalau sape yg banyak duit,boleh renwew tiap tahun.sebab insurans cuma valid setahun sahaja dan cover sampai 400,000 sar capital.

alhamdulilah,lega sebab semuanya dah selesai.lesen kereta kereta expired 2020,istimarah kereta expired 2019.

syukur pada Allah.

sekian.sharing is caring!