Sumber Pengambilan Sirah

Sumber Asas

  1. Al-Quran
  2. Hadis Nabawi

Shahih Bukhari (al-Jami as-Shahih al-Musnad Min Hadis Rasulillah Shallallahu alaihi wa sallam wa sunanihi wa ayyamihi.

Shahih Muslim

Ja`mi Tirmizi-(yang paling banyak meriwayatkan sirah rasul)

Kitab Sirah (kategori Tabi`in)

  1. Urwah bin Zubair (wafat 94 hijrah)-merupakan Fuqaha Sab`ah (antara 7 Fuqaha Madinah)
  2. Aban bin Utsman Bin Affan (wafat 101-105 hijrah)-Sedikit riwayat darinya dan tidak dikurniakan banyak anak murid  yang menyebarkan ilmunya.
  3. Amir bin Shuraihil as-Syakbi (wafat 103 hijrah)-Kitab al-Maghazi
  4. Ashim bin Umar Bin Qatadah (wafat 120 hijrah)-Beliau diperintahkan oleh Umar bin Abdul Aziz untuk membaca di Ja`mi al-Umawi berkenaan Kisah Peperangan dan Manaqib Sahabat.
  5. Syuraihil bin Saad al-Madani (wafat 123 hijrah)-Ibnu Uyainah berkata,”tidak ada yang lebih pakar berkenaan peperangan dan badriyyin melainkan beliau”.
  6. Muhammad bin Muslim Bin Shihab Bin Zuhri (wafat 124 hijrah)-merupakan Ulama Hadis besar di zamannya dan yang terawal meggunakan kaedah menghimpunkan sanad dalam penelitian sirah.
  7. Musa bin Uqbah (wafat 140 hijrah)-merupakan anak murid Imam az-Zuhri.
  8. Muhammad bin Ishaq at-Matlibi (wafat 151 hijrah)-merupakan anak murid Imam az-Zuhri.Imam dalam Kisah Peperangan tetapi kisahnya tidak mencapai darjat hassan bahkan hassan kerana Mudallas.mempunyai kitab “al-Mubatada wal mab`as wal al-maghazo”.dan dihimpunkan oleh Muhamamd bin Abdul Malik bin Hisham (wafat 218 hijrah) dan menamakan kitabnya Sirah Nabawiyyah atau lebih yang dikenali Sirah Ibnu Hisham.
  9. Muhammad bin Umar al-Waqidi (wafat 207 hijrah)-dinilai dhaif disisi ulama Hadis.Beliau mempunyai tambahan kepada sirah ibnu Hisham.

Berikut juga terdapat kitab Sejarah yang besar,yang didalamnya juga terdapat beberapa siri sejarah Nabawiyah.diantaranya adalah:

1)Muhammad bin Saad (wafat 230 hijrah) -Kitab Tobaqat al-Kubra.

  • Jilid 1 – 2 :sirah Nabawiyyah
  • Jilid 3-8  : kisah Sahabat dan Tabi`in serta Mereka yang megikuti selepasnya

2)Khalifah bin Khiyat (wafat 240 hijrah)-Kitab at-Tarikh.Imam Bukhari meriwayatkan banyak 23 hadis daripada Khalifat dalam kitab Shahihnya.

  • Menceritakan sirah nabawiyah
  • sirah Khulafa ar-rasyidin
  • Sirah Umawiyyah
  • Sirah Abbasiyyah sehingga 232 hijrah

3)Muhamamd bin Jarir at-tobari (wafat 310 hijrah)-Imam Sejarah Islam yang memberikan sumbangan besar dalam pengumpulan sejarah Islam.Kitabnya Tarikh ar-Rusul wal Muluk.

  • Tarikh Khalifah
  • Tarikh Anbiya
  • Tarikh Arab
  • Sirah ar-Rasyidin
  • Sirah Umawi
  • Sirah Abassi sehingga tahun 302 hijrah

 

Advertisements