Fawaid 10 Nov 2018 (Sabtu)

Kitab Minhaj Tolibin karya Imam Nawawi

Sabtu/11-8-2018

Alhamdulillah,berkesempatan untuk menyertai Diskusi Fiqh Syafiyyah.

Setiap hari sabtu,bermula 7.30-10.30 pagi,di Masjid Bin Baz UIM-program diskusi fiqh syafiyyah yg dikelolakan al-fadhil,Ust Iskandar,Pelajar Indonesia yang sedang menyiapkan Master di Kuliah Hadith.Pelajar keluaran Pesantren Bogor mmg makruf dengan kehandalan dan penguasaan mazhab Syafiyyah.

Masyallah..bermula dari kitab2 beginner spt safinatun najah dan kini sudah ke kitab intermediate,Minhaj Talibin.

Jelas Ust Iskandar,impiannya dlm majlis akan datang akan mendiskusikan kitab2 besar & perbahasan2 detail dlm mazhab syafiyyah yg diperingkat dirasat.Namun,perlu dahulu di-ta’silkan ,dikuatkan dulu ilmu dan matan asas supaya ada pegangan jika membincangkan permasalahan feqah.

Alhamdulillah,perbincangan kali ini pada bab sifat solat (باب صفة الصلاة) sehingga (و في الثانية-هل أتى),sebelum (الخامس-الركوع).

Namun,sy hanya menyertai kelas ini bermula jam 9 pagi.

Bermula Rukun ke-2,Takbiratul Ihram.

Menandakan bermulanya solat,dan tidak boleh melakukan apa2 perbuatan melainkan yg berkaitan solat.Di-haramkn untuk melakukan perkara2 yg membatalkn solat.

Rukun ke-3,Berdiri Tegak semampu mungkin,bagi solat Fardhu.

Dgn syarat,bahagian belakang tegak.dan jika ada keuzuran,terdapat kebenaran.Imam Nawawi mendatangkan beberapa option seperti duduk Iftirash (افتراش),tarabbu (تربع) ,atau iq’ak (الإقعاء).

Iq’ak – adalah duduk cara spt anjing,iaitu tangan menyandar dibelakang,kaki di depan.

Contoh cara anjing duduk – الإقعاء

Dan duduk secara iq’ak- makruh.

Kemudian jika tidak mampu lagi,secara baring tetapi menghadap kiblat (spt jenazah dibaringkan)

Rukun ke-4,Bacaan

Termasuk dlm perbincangan ini ttg bacaan Iftitah,kemudian ta’awudz (التعوذ).dan Mazhab Syafie-ta’awudz di setiap rakaat.

Berkenaan kelemahan bacaan orang Arab yg sering terjadi,Dadd (ضاد) menjadi Za’ (ظاء).-maka tidak sah bacaan fatihah.

Dan wajib tertib dan muwalah (موالاة);berterusan.

Dan jika terputus muwalah,spt diam yang lama,atau berniat memotong bacaan,-maka tidak sah bacaan,harus diulang dari awal.

Dan jika tidak tahu al-fatihah,maka dibolehkan untuk baca 7 ayat yang bersambung,atau ayat yang berasingan,atau zikir2 atau diam sekadar bacaan al-fatihah (30 saat) – turutan mengikut peringkat kejahilan.

Disunnatkan utk membaca Amin selepas bacaan al-fatihah.

———————————

Kemudian ada kisah menarik,pengalaman yang diceritakan ketika mana ditegur kerana tidak rukuk/i’tidal bersama imam. (Ini berkaitan bab Solat berjemaah-dlm bab yang akan datang).

Azlan (bukan nama sebenar) ditegur dlm hal tersebut.walhasil dalam mazhab syafiyyah,ia bersifat harus.

Dlm mazhab Syafiyyah,muwaffiq (makmum yg sempat bersama imam) boleh lambat dalam pergerakan bersama imam,dengan maksimum 4 rukun dalam keadaan tidak sengaja,uzur.(spt menghabiskan bacaan alfatihah)

Namun,pergerakan bersama imam mmg ada pandangan dlm mazhab syafiyyah dan perlu diraikan mazhab2 yg lain.maka,apabila imam rukuk,makmum haruslah rukuk biarpun belum selesai bacaan alfatihah etc.

Sambungan cerita tadi,maka Azlan pun menerangkan Qaul,pandangan mazhab syafie dlm hukum makmum bersama imam.

Moral of the Story;

  • Menegur perlu dengan ilmu,lebih2 lagi penguasaan mazhab.
  • Keluasan mazhab feqah
  • Berdiri di atas ilmu & hujah

——————————

Total kehadiran diskusi tadi,dlm 12 pax pelajar asia dari Indonesia,Singapura & Malaysia.

Semoga hari hari kita terus dipenuhi dengan ilmu,amal dan dakwah.

Moga dpt berkongsi fawaid2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s