Artikel Separa Siap-Lawatan ke Indonesia (Hamka Trip) bersama Jejak Tarbiyah

Kesibukan yang melanda,kerja bertangguh-tangguh.Kadang-kadang membuatkan kita lupa meskipun kita telah memulakannya.

Itulah yang berlaku kepada saya.Pesan Puan Saadiah & En.Hafizul,Pembimbing kami semasa lawatan Hamka ke Indonesia pada dua tahun lepas,supaya menghantar artikel.Saya bersama Danial (Pelajar Kuliah Syariah Madinah) telah ikut serta dalam lawatan ini.

Sebenarnya lawatan yang saya ikuti pada waktu tersebut adalah lawatan yang berbeza daripada yang sebelum dan selepasnya.Dalam lawatan tersebut,dibawa barisan ustaz dan penulis terkenal dalam Tanah Air bagi merungkap memori dan ibrah sepanjang lawatan.Antara yg ikut pada waktu tersebut Tuan Pahrol Juoi,Ustaz Ashaari (Penulis dan Ahli Tafsir di Malaysia),ada juga kolumnis2 majalah dari Telaga Biru,yang saya xingat nama mereka.

Setelah berakhir lawatan tersebut,kami para peserta diminta untuk menghantar artikel.Bahkan pihak penganjur telah memberikan kami cara menulis,outline dan pelbagai cara lagi utk submit artikel.Menurut mereka,setiap artikel yang dihantar akan dikumpulkan dalam satu cerpen ataupun buku khas yang memuatkan perihal HAMKA dan lawatan ke Indonesia.(Versi Khas)

dan inilah tujuan saya menulis di laman saya,untuk saya meletakkan semula artikel saya yang separa siap,paling kurang..kuranglah sedikit rasa bersalah saya.paling tidak,saya telah memulakan tapi tidak menyiapkan apatah lagi nk submit.

berikut adalah artikel saya yang separa siap;

Aku belajar dari Alam!

Demikianlah yang kurasakan hasil dari permusafiran ini.Walaupun Malaysia cuma jarak perjalanan 2jam daripada Indonesia.Namun,terasa besar dan teruja dek semangat perjuangan Buya Hamka.Beliau telah mengabungkan satu corak pemikiran baru,arus perubahan yang mengubah nasib anak desa kepada sebuah bangsa yang bertamadun…

Ayah Hamka,merupakan seorang tuan Guru Pondok yang Berjaya mendidik dan mentarbiyah anak-anak kampung.Bapak rintik,Anak borek.Hamka juga seperti ayahnya,biar berlainan cara dan gaya didikan dan tarbiyahnya pada anak muda,namun tujuan mereka cuma satu.Membangun dan membina generasi anak muda yang akan melestarikan perjuangan dan dakwah Islam di tanah air mereka.

Angin begitu dingin menghembuskan bayunya,pohonan rimbun menghijau mendamaikan lagi mata memandang.Begitulah agaknya yang memicu hati anak muda ini,Hamka yang  belajar dari Alam,merenung ilham dan menghasilkan karya-karya yang bertahap nilam!

Semua ini berperanan secara tidak langsung.Manakan tidak,Allah azza wa jalla sendiri sering menyebutkan perihal langit dan bumi.Ciptaan Allah yang terhebat,yang menundukkan ke-egoan setiap insan yang merasakan dirinya hebat,menenangkan jiwa dan hati yang memandang ke langit yang  lapang dan luas tidak berpenghujung.Itulah hikmah penciptaan langit dan bumi.

Bangsa Minangkabau banyak belajar dari Alam.

Inilah artikel saya,dah 2 tahun baru saya dapat muat naik ke laman saya.

Semoga bermanfaat buat saya dan anda.

Belajar Dari Alam!

Advertisements