Sumber Pengambilan Sirah

Sumber Asas

  1. Al-Quran
  2. Hadis Nabawi

Shahih Bukhari (al-Jami as-Shahih al-Musnad Min Hadis Rasulillah Shallallahu alaihi wa sallam wa sunanihi wa ayyamihi.

Shahih Muslim

Ja`mi Tirmizi-(yang paling banyak meriwayatkan sirah rasul)

Kitab Sirah (kategori Tabi`in)

  1. Urwah bin Zubair (wafat 94 hijrah)-merupakan Fuqaha Sab`ah (antara 7 Fuqaha Madinah)
  2. Aban bin Utsman Bin Affan (wafat 101-105 hijrah)-Sedikit riwayat darinya dan tidak dikurniakan banyak anak murid  yang menyebarkan ilmunya.
  3. Amir bin Shuraihil as-Syakbi (wafat 103 hijrah)-Kitab al-Maghazi
  4. Ashim bin Umar Bin Qatadah (wafat 120 hijrah)-Beliau diperintahkan oleh Umar bin Abdul Aziz untuk membaca di Ja`mi al-Umawi berkenaan Kisah Peperangan dan Manaqib Sahabat.
  5. Syuraihil bin Saad al-Madani (wafat 123 hijrah)-Ibnu Uyainah berkata,”tidak ada yang lebih pakar berkenaan peperangan dan badriyyin melainkan beliau”.
  6. Muhammad bin Muslim Bin Shihab Bin Zuhri (wafat 124 hijrah)-merupakan Ulama Hadis besar di zamannya dan yang terawal meggunakan kaedah menghimpunkan sanad dalam penelitian sirah.
  7. Musa bin Uqbah (wafat 140 hijrah)-merupakan anak murid Imam az-Zuhri.
  8. Muhammad bin Ishaq at-Matlibi (wafat 151 hijrah)-merupakan anak murid Imam az-Zuhri.Imam dalam Kisah Peperangan tetapi kisahnya tidak mencapai darjat hassan bahkan hassan kerana Mudallas.mempunyai kitab “al-Mubatada wal mab`as wal al-maghazo”.dan dihimpunkan oleh Muhamamd bin Abdul Malik bin Hisham (wafat 218 hijrah) dan menamakan kitabnya Sirah Nabawiyyah atau lebih yang dikenali Sirah Ibnu Hisham.
  9. Muhammad bin Umar al-Waqidi (wafat 207 hijrah)-dinilai dhaif disisi ulama Hadis.Beliau mempunyai tambahan kepada sirah ibnu Hisham.

Berikut juga terdapat kitab Sejarah yang besar,yang didalamnya juga terdapat beberapa siri sejarah Nabawiyah.diantaranya adalah:

1)Muhammad bin Saad (wafat 230 hijrah) -Kitab Tobaqat al-Kubra.

  • Jilid 1 – 2 :sirah Nabawiyyah
  • Jilid 3-8  : kisah Sahabat dan Tabi`in serta Mereka yang megikuti selepasnya

2)Khalifah bin Khiyat (wafat 240 hijrah)-Kitab at-Tarikh.Imam Bukhari meriwayatkan banyak 23 hadis daripada Khalifat dalam kitab Shahihnya.

  • Menceritakan sirah nabawiyah
  • sirah Khulafa ar-rasyidin
  • Sirah Umawiyyah
  • Sirah Abbasiyyah sehingga 232 hijrah

3)Muhamamd bin Jarir at-tobari (wafat 310 hijrah)-Imam Sejarah Islam yang memberikan sumbangan besar dalam pengumpulan sejarah Islam.Kitabnya Tarikh ar-Rusul wal Muluk.

  • Tarikh Khalifah
  • Tarikh Anbiya
  • Tarikh Arab
  • Sirah ar-Rasyidin
  • Sirah Umawi
  • Sirah Abassi sehingga tahun 302 hijrah

 

Advertisements

Halaqah Syaikh Soleh Abbud & Tawasul

Alhamdulillah,pagi ini saya berpeluang mengikuti halaqah tafsir di Masjid Nabawi.Halaqah tersebut dipimpin oleh Syaikh Soleh al-Abbud hafizahullah.Ada banyak perkara yang saya nak kongsikan,termasuk apa yg saya lihat dan belajar daripada tokoh ini.Kebetulan hari ini sy tiada exam (sekarang minggu peperiksaan),maka lepas subuh saya join halaqah tersebut moga-moga saya dapat ambil istifadah dari majlis ilmu tersebut.

Pagi ini,tafsir berkenaan Surah an-Nisa ayat 64 & 65.

“Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang” (Ayat 64)

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (Ayat 65)

dalam tafsir Ibnu Katsir tersebut menerangkan kisah al-Utbi & juga kisah al-A`rabi (orang badwi).Tentang dibolehkan tawasul pada Nabi shallallahu alaihi wa sallam meskipun telah wafat.

Dan ingin saya maklumkan perbahasan tawasul pada Nabi Shallallahu alaihi wa sallam dan juga tawasul pada orang-orang soleh menjadi titik perbalahan di antara aliran Sufi dan juga Sunnah.Saya tidak ingin berbicara panjang dalam hal ini.Namun selepasa habis halaqah tadi,saya pulang ke rumah untuk menyemak riwayat kisah Utaibi.Sebab saya ada beli kitab khas yang membicarakan kisah Utaibi.(Tahun 2015 lagi saya beli kitab tu)

20170515_080418

Tafsir Ibnu Katsir Lihat highlight hijau-kisah al-Utbi

20170515_075511-1

Kitab yang menerangkan riwayat tersebut,kesimpulan sanad dan matan atsar tersebut ditolak oleh para ilmuan

Antara perkembangan positif masa kini,umat Islam kebanyakan sedar dalam menunut ilmu dan mula memperhatikan kitab-kitab yang berautoriti dalam pembelajaran.Sebagai contoh,tafsir Ibnu Katsir.Antara kitab yang Masyhur dan juga metode yang baik,Tafsir bil ma`thur.(Tafsir al-Quran dgn al-Quran,dgn hadis & atsar2 sahabat).Berbanding dengan tafsir-tafsir lain yang mengunakan akal.Berbalik kpd tafsir Ibnu Katsir,terdapat riwayat-riwayat yang bersifat lemah yang perlu kita perhalusi.

Kembali kepada kelas tafsir tadi.setelah habis kelas,ada seorang pemuda Pakistan yang pandai berbahasa arab dan mengajukan soalan pada syaikh.kebetulan memang saya duduk disebelah dia.kami duduk bahagian hadapan kanan syaikh.adapun Qari disebelah kiri syaikh.

Dia bertanya soalan berkenaan mengapakah tawasul di larang sedangkan ia disebutkan dalam Tafsir Ibnu Kastir,Ibnu Hajar,Imam Nawawi,Imam Qurtubi dan tasfir Tobari.Saya memahami maksud pemuda tersebut.Mengapakah tawasul kepada Nabi dilarang walhal disebut oleh Imam-Imam terdahulu.

Syaikh mengatakan “Kamu mempunyai kefahaman yang salah dalam hal ini”.kemudian pemuda tersebut tidak berpuas hati dan terus mengajukan soalan tersebut pada syaikh.Syaikh mengatakan “Diam”.dan syaikh bersurai dari majlis.Saya cuba juga menerangkan pada pemuda t.esebut tentang riwayat Kisah Utaibi apbila syaikh xnak jawab soalan pemuda tersebut.Datang anak murid syaikh mengelilingi kami,sebab saya sebelah dia.dan cuba menjelaskan yang bila Nabi dah wafat,maka kita tidak boleh bertawasul meminta pertolongan pada Nabi.setelah penjelasan demi penjelasan (yang ringkas),akhir sekali pemuda tersebut kata Nabi tidak mati.Bila anak-anak murid syaikh mendengar kenyataan pemuda tadi.Semuanya terus pergi dan meninggalkan pemuda tadi.dan Saya pun sama keluar dari tempat tersebut.Baru saya Nampak,dan mungkin ini firasat syaikh Soleh Abbud yang tidak mahu menjawab soalan.Rupanya pemuda tersebut adalah kategori hardcore dan penuh dengan syubhat.bagi saya,dia seorang yang mengkaji dengan gayanya dalam berhujah namun masih dipenuhi syubhat.Bagi saya mungkin dia tidak mengkaji asal usul riwayat-riwayat dan menerima bulat-bulat kisah tersebut.Biarpun disebutkan dalam mana-mana kitab tafsir.Perlu dinilai dari sudut sanad & matan.

20170515_075520

antara Karya Syaikh Soleh Abbud hafizahullah

Tetapi yang mengkagumkan,syaikh sudah seperti awal awal tahu manhaj dan pemikiran pemuda tersebut apabila dia bertanya soalan.Dan syaikh tidak menjawab soalan tersebut.Rupa-rupaya pemuda tersebut menyakini Nabi masih hidup.

Pengajaran hari ini.

  1. Penting belajar dengan guru.Kita memang boleh baca sendiri tapi bimbang boleh salah faham atau tak faham.
  2. Semakan terhadap riwayat dan atsar memberikan kesan pada kefahaman.
  3. Sikap & Hikmah Ulama dalam menjawab persoalan.
  4. Tidak melibatkan diri dalam fitnah seperti mana tindakan anak murid yang meninggalkan pemuda tersebut.
  5. Tawasul perbahasan yang begitu panjang dan titik perselisihan antara golongan sufi dan Sunnah.