Books & Toys-Unaizah

alhamdulillah..biar pun full-dawrah..sempat juga shopping petang2.

ksian dekat baby hany duk bilik.at least ada mainan nk main.

1)sirah,ibnu hisyam-promo 21sar

2)ar-ruh,ibnul qayyim-promo 9sar

3)business model generation,alexander osterwalder-169sar

4)how to write a businss pla,brian finch 49sar

dan beli mainan buliding block untuk hany.

buku-buku

buliding block-play set 50pcs

semoga bermanfaat!

Advertisements

KSA-renew istimarah

alhamdulillah.hari ini urusan dalam 2-3 jam je boleh siap semua urusan.

saya akan share beberapa perkara tentang cara@kisah renew istimarah.dulu saya ada share pasal cara buat lesen kereta tapi blog saya dah terdelete.

PRO & KONTRA

dan ramai orang kata untungnya ada kereta kat saudi sbb xpyh renew roadtax.sebenarnya ada pro n kontra.di KSA,tak dipanggil roadtax tapi dipanggil istimarah (geran kereta yang perlu direnew selepas tamat tempoh,1-3 tahun)

untuk renew istimarah,perlu lulus fahas (macam puspakom).dan ini yg paling payah jika kereta korang banyak rosak dan kemek2 sebab kena repair/cat dulu baru boleh bawa ke fahas.kos ini yg mahal.

https://hoodshah.wordpress.com/2016/05/24/ketuk-kereta/
insurans di malaysia bergantung pada cc.tapi di KSA,dia pukul rata.(kalau salah betulkan saya).untuk kereta biasa 1000 riyal.kalau di malaysia kancil baru 250myr .4 wheel 500 myr dan ada pilihan 3rd party.

dulu tahun 2013 & 2015,insurans dlm 500 riyal boleh dpt.2016,insurans starting 1000 riyal.

disini ada penalti jika lambat renew istimarah,dlm 150 sar per tahun.saya lambat renew dlm 2minggu,sbb hari tu pergi dawrah Qassim.

untuk dapatkan istimarah baru,perlukan ikut beberapa langkah.

fahas>insurans>bayar yuran renew>balai polis

LANGKAH 1

fahas (puspakom).terletak dekat dengan kilang pencetakan quran malik fahad.di sisi kanan.kena u-turn.depan lagi sehingga parking bas saptco.

kena beratur panjang,tunggu giliran.yang lama sebab beratur menunggu.kadg2 beratur 2jam sahaja.alhamdulillah,saya pergi xde org.datang2 terus inspection.

sbb bulan ramdhan arab xactive waktu pagi.kereta saya memang problem asyik mati2.risau jgak kalau mati tengah2 jalan.kena hon nnt.ngam2 lps sy inspection,banyak kete dh berpusu-pusu databg.tp tetap xbanyak mcm hari biasa.

kereta saya bayar 73 sar.nasib baik dikira small vehicle.

resit pembayaran-bayar dulu baru buat fahas.

korang tengok sendiri apa yang dia nak kan seperti lampu,hon etc.

saya turun dari kereta dan tunggu ditepi,macam puspakom.staff dia akan bawa dan test kereta kita.

check bawah engine-utk leaking etc

alhamdulillah,hari ini mood staff ni baik.sepatutnya xlepas sebab ada sticker tinted hitam kat depan (utk silau matahari) dan lampu brake belakang.

saya dah dapat stikcer fahas,cuma borang fahas dia xbagi sebab dia suruh g kedai sebelah repair n buang tinted depan.

saya pun pergi kedai sebelah,cakap pasal tinted.ini antara perangai arab.sorg cakap okei,sorg ckp xokei.dont worry.korg kena sabar je.pomen repair kata,ko punya tinted okei.pergi ckp dgn FAHAS,شيء بسيط.saya kata okei la mcm tu.repair lah lampi belakang pulak.dia xnak.dia kata ko pergi fahas dulu kata pasal tinted tu dan kalau xokei bawa surat reject fahas.(kereta2 yang xlepas,dia akan bagi surat reject).sedangkan saya dah bagitahu awal2,fahas dah lulus kereta saya cuma suruh repair yang patut.

saya pergi kali ke-2,xpayah beratur.just direct kaunter.cakap pasal tinted tu okei.fahas tu kata,okei dan pergi balik repair lampu.saya pun pergi balik kedai repair lampu.baru dia buat.nasih baik 30riyal.saya dh risau dah.alhamdulillah.

lampu belakang xmenyala.saya memang xprasan sebab ingat lampu smua dh okei.


dah selesai repair,baru sy ke fahas.cakap dh repair.staff fahas xcheck pn.itulah keunikan disini kejujuran dan sikap saling mempercayai.

alhamduillah.selesai fahas.

sticker fahas-valid cuma setahun sahaja.

surat lulus fahas-masa ini saya muhasabah.tentang bagaimana kita kat akhirat masa diserahkan catatan amalan.kanan atau kiri.jadikan lah kami dalam golongan kanan,ya Allah.
LANGKAH 2

perlu ke mana2 syarikat insurans kereta.ada banyak.saya buat dekat dengan balai polis.sebab senang nak g dapatkan istimarah yang baru.

saya survey merata sebab saya terkejur harga 1000 riyal.rata-rata saya pergi semua 1000 riyal ke atas.ada yang 1030 riyal etc dan syarat driver mesti 40 tahun ke atas.last2,saya pergi kedai insurans ni jugak.

LANGKAH 3

pembayaran yuran pembahauran istimarah.dan disini adalah keunikan KSA.segala pembayaran mesti dibuat direct pada bank atas nama akaun kerajaan.macam di malaysia,kita bayar pada kaunter2 kerajaan dan boleh terdedah pada budaya rasuah.di KSA,semua nya bayar di bank.baik saman,bil elektrik etc.

mcm pembayaran boleh dibuat melalui

1)kaunter pembayaran elektronik.

caj yang dikena biasanyq 30 riyal utk per service.kedai ini ada di banyak tempat.

2)melalui akaun ar-rajhi sendiri

saya bayar direct pakai rajhi sendiri

yurannya adalah 150 riyal.

LANGKAH 4

penyerahan dan pengambilan kad istimarah yang baru.

penyerahan ini hanya di balai polis murur di jalan raja abdul aziz.

dan sebenarnya kena melalui website moi.gov.sa,masukkan segala maklumat dan baru boleh enter.

untuk kes saya berbeza,saya dapat login cuma xboleh masuk sebab istimarah saya dah expired 2minggu dari tarikh mati.28 Syaban xsilap.

so,sepatutnya ada langkah baru.tapi saya masukkan sekali dalam langkah terakhir nie.

jadi saya sekarang direct ke kaunter penyerahan,tingkat 2.(reminder-Groundfloor>tingkat 1>tingkat 2)

beratur serahkan kad istimarah lama.

orang xramai bulan ramadhan

alhamdulillah.dh siap.dia akan panggil nama jika dah siap.sebenarnya dah lama kad saya dah siap.tu sy pelik dia xpanggil.tahu la nama saya pendek 3 huruf je.kadg2 xclear kalau org panggil.jd sy pun ke kaunter mmg nampak kad saya kat meja dia.dan saya pun minta terus.

KESIMPULAN

selesai urusan renew istimarah ada 3tahun lagi baru kena renew.1440hijrah.(sekarang 1437h)

tentang insurans tu kalau sape yg banyak duit,boleh renwew tiap tahun.sebab insurans cuma valid setahun sahaja dan cover sampai 400,000 sar capital.

alhamdulilah,lega sebab semuanya dah selesai.lesen kereta kereta expired 2020,istimarah kereta expired 2019.

syukur pada Allah.

sekian.sharing is caring!