Rehlah Ilmiah Unaizah-Starting

Rehlah Ilmiah Unaizah-Starting

alhamdulillah,tahun ini dipermudahkan untuk kami sekeluarga berehlah ilmiah ke dawrah ilmiah ke-16 di Masjid Jamek Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin,Unaizah.Allah sebaik-baik perancang.
image
poster dawrah

exam saya berakhir hari selesa.rabu terus kami bermusafir ke Qassim.alhamdulillah,saya dh selamat daftar.lebih kurang seminggu awal dan dapat tempat.dawrah mula 26 mei.saya daftar 19 mei melalui whatsp.pendaftaran simple!saya xapply asrama utk keluarga sbb biasa dawrah hanya sediakan asrama utk bujang.
kehidupan perlukan pengorbanan dan perjuangan!

image
pendaftaran melalui whatsp

kami bertolak daripada madinah al-munawarah hari rabu.sebab kami dimaklumkn khamis pagi akan mula dawrah.dan kali ini,ada sahabat saya yang akan join sekali dawrah,Akh Amar Yasir.kami bertolak selepas zohor.selepas berehat cukup2,kami bertolak dari rumah,pick up Amar di Universiti dan terus perjalanan ke Qassim.
masyallah,aircond kereta kami xboleh lawan kepanasan di luar.anak saya Hany,habis mandi peluh & muka sampai jadk merah2.

image
saya,amar dan hany di r&r

sepanjang perjalanan,kami asyik singgah di r&r sebab semata2 nak beli air sejuk.kan bermusafir sebahagian daripada azab.mcm mana lah ulama dahulu bermusafir berminggu2,brbulan2 demi menuntut ilmu dengan kepanasan etc.kami perlu lebih bersyukur dgn pelbagai kemudahan.

image
pemandangan di r&r ke Qassim

alhamdulillah.perjalanan kami lebih kurang 5 jam lebih.500 km.bertolak sekitar jam 3 dan kami tiba di masjid unaizah sebelum jam 8malam.(sebelum isyak)

sampai di masjid jamek unaizah,sy dropkan amar sebab dia memang dah daftar dan siap dapat no bilik lagi.saya bawa family jd memang dh planng awal2 kena tinggal di luar.dan sebenarnya saya dh google,cari kat booking.com untuk penginapan.tapi kebanyakan semua jauh dari tempat dawrah.sebab tu sy planning cari bila dh smpi qassim.

pencarian saya xberjaya.puas tanya sana sini mana hotel berdekatan dgn msjd dawrah.ada tapi jauh.dan memandangkan jadual dawrah yang padat,saya xhabiskan masa atas jalan.dan takdir Allah,saya terjumpa dgn seorang pak cik tua dan saya bertanya tentang hotel.dia kata cuba tuan bertanya dengan panel dawrah,sebab mereka ada penginapan untuk family.

waktu pun dah hampir isyak.saya ambil keputusan untuk solat di masjid jamek unaizah dahulu dan boleh bertanya tentang penginapan.

image
masjid jamek syaikh muhamad soleh al-ustaimin

selesai solat,saya berjumpa dengan Amar.dia pun berkata hal yang sama,ada nampak asrama untuk family.Amar pun teman saya berjumpa dengan warden asrama.dan kebetulan masa tu memang saya jaga hany,sebab ummy hany memang kepenatan berjam-jam dalam kereta dan tengah mengandung 5 bulan lebih.

warden bertanya tentang penginapan.saya bercadang nak sewa hotel.warden kata xperlu dan hotel unaizah mahal-mahal.masyallah.warden begitu mengambil berat tentang tolib ilmi.Dia memberikan sebuah apartment untuk family.No.54.

image
bilik tidur dilengkapi tilam

image
ruang tamu dan dapur,peti sejuk etc

dan kebetulan waktu kami sampai,semua apartment baru renovate.permaidani baru,aircond,peti sejuk semua baru.masyallah.

setiap kali saya tersermpak dengan warden,dia sering bertanya ada perlukan apa-apa lagi.

image
peti sejuk baru

image
mesin basuh baru

image
mesin basuh baru dihantar depan apartment kami.no.54.

alhamdulillah,bersyukur sangat.
penginapan yang selesa dan malah dekat dengan masjid dawrah.

image
alhamdulillah-kami rasmikan dulu

image
apartment dan masjid dawrah bersebelah Unaiza Mall (hyper panda)

image
jarir bookstore berhadapan Aparment kami

image
pejabat asrama

image

asrama 4 tingkat-ikut nama para imam

image
dewan makan (utk bujang) dan libray

image
keadaan dalam dewan makan

masyallah,semoga Allah permudahkan dan melimpahkan rezeki kepada semua muhsinin yang banyak membantu di Jalan Allah.

barakallahufikum!

Advertisements

Ketuk Kereta

بسم الله
hari ni last paper faraidh.
dan esok atau lusa angkat bermusafir ke Qassim (dawrah jami’ syaikh utsaimin).

sebab kenapa kena buat ketuk kereta ni-lesen kereta dah mati (إستمارة),bukan lesen memandu (lesen memandu sy expired 2020-lama lg).
lesen kereta ni bergantung pd tahun renew dan tak mudah yg disangka.

1)kena buat puspakom (istilah kita),fahas (فحص).

2)dh selesai fahas baru pergi utk renew *pembaharuan) lesen kereta dan beli insurans (katanya 1,000 riyal skrg).

tapi sebelum nk ke puspakom tu..kena pastikan kereta okei,xde kemek etc.dan macam2 lagi.

lepas paper terus ke kedai ketuk.
bincang dgn kedai,harga ketuk sahaja 150 riyal (rasanya mmg standard price).
dan undang2 kat arab saudi kalau nak ketuk kereta kena ada surat polis.
ini yg leceh.itu yg dikatakan xmudah yg disangka!!
bincang elok-elok.kata kemek sikit je.lepas tu dia kata okei n last discount 10 riyal je.syukur.140 riyal semua.

sblm ni dh cuba ketuk sndri.zawjah pn ajar guna air panas.siap belajar n google serta youtube bagai.habis tangan kena air panas + cat tercabut.

tu yg snang hantar kedai je.
ingat mudah.rupanya banyak juga peralatan dia.dh kedai mesti keje kena profesional.
keja dlm 15 min je.

image

dia buka bumper yg kemek tu

image

kenangan penulis dgn kedai ketuk

image

mmg banyak bumper dan kereta yg tgh cat dan ketuk etc

image

antara peralatan yang digunakan,api tu kemudian utk betulkn yg bumper yg tenggelam tu.

image

before-ketuk

image

after-ketuk

alhamdulillah,dah selesai.
esok pagi boleh buat urusan puspakom etc.