Pesta Buku UIM ke-35 / 2018

alhamdulillah,berpeluang untuk datang ke Pesta Buku UIM ke-35.Jarang sy update di website melainkan bila sy nk letak memori atau nota yang paling penting.

kebanyakan sy update di Facebook & Instagram.

smartselectimage_2018-04-11-01-30-341081114081.png

Insta: Hood Akahsah

saya xsempat nk update kitab apa yg sy beli,tapi sy nk letak nota/point2 penting berkenaan kitab.

Ini diantara yg perlu di beri perhatian,Seperti berikut;

Continue reading

Advertisements

Maktabah Manar Tauhid

Alhamdulillah.

Dari sehari ke sehari nk pergi.

Sbb Maktabah Manar Tauhid ni biasa buka waktu malam je.

Mmg nk sgt beli.sbb buku2 ni dijadikan rujukan & tambahan bacaan.

Beli Buku lagi…

Alhamdulillah..

Semalam,selasa 6 Mac 2018..selesai buat medical check-up utk renew Iqamah,dan bawa baby Husna utk Injection.

Balik tu singgah ke Maktabah Jarir..cari buku teks مدخل إلى التدريس bagi subjek Mengajar..susah buku tu sbb majoriti dlm kelas xde buku tu lg.

Ada yg dpt pun sbb beli 2nd hand.so cari2..xjumpa.Salesman kata dh habis dan di cawangan lain pn dh habis.

كتاب مدخل إلى التدريس

Tapi mcm biasa la..kalau dh masuk kedai buku,pasti tersangkut..xkan nk keluar tangan kosong.

Sy pn cari buku2 yg best.dan kena dgn subjek sy..

  1. الدولة العباسية لمحمد الخضري بك
  2. يوم في الجنة للشيخ محمد المصري
  3. صفة الجنة و النار لابن كثير

Boleh jadi motivasi utk beramal.

Semoga Allah menerima amalan soleh kita!

Apa kita belajar dari Sejarah

Esok saya akan menghadapi final exam bagi subjek Sejarah Kerajaan Umawiyyah.(sempat lagi nk menulis…)

Sebelum tu,exam Sejarah Arab Saudi..3 dinasti kerajaan mereka..

Saya duduk termenung..banyak sgt saya dapat faedah bila belajar sejarah.walaupun kadang2 kita terpikir,buat apa nk belajar benda yg dh lepas,bukankah kita generasi yg perlu memandang ke hadapan.berwawasan.

Namun,realiti sejarah sgt diperlukn.bahkan kata org2 lama,”mereka yg tidak belajar sejarah,pasti akan mengulanginya.”

Setiap sejarah,pasti ada zaman kegemilangannya dan zaman kejatuhannya.

Antara yg saya nampak,paling paling penting..adalah apa yg kita lakukan dan bertindak sekarang akan menjadi sejarah buat kita kelak.

Jika kehidupan kita pada awal baik,maka satu hari nnt tertulis ia sebagai sejarah yang baik.

Jika sebaliknya,maka tertulis satu titik hitam dalam hidup kita. Apapun yang paling penting adalah penhujung hidup kita.sebab ia akan menjadi penutup sejarah kehidupan kita.

Saya?kita?anda?pasti pernah berlaku sesuatu yg baik atau sesuatu yang buruk.pasti setiap dari kita kalau di-izinkan utk kembali mengubah masa lampau..pasti semua akan kembali utk mengubah.

Cumanya,ketetapan telah berlaku.itulah rukun/prinsip ke-6 bagi setiap yang beriman.

Beriman pada ketentuan yang baik & buruk

Kesimpulan:

1.perbaikilah masa silam dengan bertaubat,andaikata melibatkan sesama manusia & mampu diubah-perbaikilah dgn cara yg baik.

2.berubahlah sekarang demi sejarah & masa hadapan.

3.ambil pelajaran & iktibar dari sejaran terdahulu.yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan.

Artikel Separa Siap-Lawatan ke Indonesia (Hamka Trip) bersama Jejak Tarbiyah

Kesibukan yang melanda,kerja bertangguh-tangguh.Kadang-kadang membuatkan kita lupa meskipun kita telah memulakannya.

Itulah yang berlaku kepada saya.Pesan Puan Saadiah & En.Hafizul,Pembimbing kami semasa lawatan Hamka ke Indonesia pada dua tahun lepas,supaya menghantar artikel.Saya bersama Danial (Pelajar Kuliah Syariah Madinah) telah ikut serta dalam lawatan ini.

Sebenarnya lawatan yang saya ikuti pada waktu tersebut adalah lawatan yang berbeza daripada yang sebelum dan selepasnya.Dalam lawatan tersebut,dibawa barisan ustaz dan penulis terkenal dalam Tanah Air bagi merungkap memori dan ibrah sepanjang lawatan.Antara yg ikut pada waktu tersebut Tuan Pahrol Juoi,Ustaz Ashaari (Penulis dan Ahli Tafsir di Malaysia),ada juga kolumnis2 majalah dari Telaga Biru,yang saya xingat nama mereka.

Setelah berakhir lawatan tersebut,kami para peserta diminta untuk menghantar artikel.Bahkan pihak penganjur telah memberikan kami cara menulis,outline dan pelbagai cara lagi utk submit artikel.Menurut mereka,setiap artikel yang dihantar akan dikumpulkan dalam satu cerpen ataupun buku khas yang memuatkan perihal HAMKA dan lawatan ke Indonesia.(Versi Khas)

dan inilah tujuan saya menulis di laman saya,untuk saya meletakkan semula artikel saya yang separa siap,paling kurang..kuranglah sedikit rasa bersalah saya.paling tidak,saya telah memulakan tapi tidak menyiapkan apatah lagi nk submit.

berikut adalah artikel saya yang separa siap;

Aku belajar dari Alam!

Demikianlah yang kurasakan hasil dari permusafiran ini.Walaupun Malaysia cuma jarak perjalanan 2jam daripada Indonesia.Namun,terasa besar dan teruja dek semangat perjuangan Buya Hamka.Beliau telah mengabungkan satu corak pemikiran baru,arus perubahan yang mengubah nasib anak desa kepada sebuah bangsa yang bertamadun…

Ayah Hamka,merupakan seorang tuan Guru Pondok yang Berjaya mendidik dan mentarbiyah anak-anak kampung.Bapak rintik,Anak borek.Hamka juga seperti ayahnya,biar berlainan cara dan gaya didikan dan tarbiyahnya pada anak muda,namun tujuan mereka cuma satu.Membangun dan membina generasi anak muda yang akan melestarikan perjuangan dan dakwah Islam di tanah air mereka.

Angin begitu dingin menghembuskan bayunya,pohonan rimbun menghijau mendamaikan lagi mata memandang.Begitulah agaknya yang memicu hati anak muda ini,Hamka yang  belajar dari Alam,merenung ilham dan menghasilkan karya-karya yang bertahap nilam!

Semua ini berperanan secara tidak langsung.Manakan tidak,Allah azza wa jalla sendiri sering menyebutkan perihal langit dan bumi.Ciptaan Allah yang terhebat,yang menundukkan ke-egoan setiap insan yang merasakan dirinya hebat,menenangkan jiwa dan hati yang memandang ke langit yang  lapang dan luas tidak berpenghujung.Itulah hikmah penciptaan langit dan bumi.

Bangsa Minangkabau banyak belajar dari Alam.

Inilah artikel saya,dah 2 tahun baru saya dapat muat naik ke laman saya.

Semoga bermanfaat buat saya dan anda.

Belajar Dari Alam!

Kitab Mazhab Syafi’iyyah

Alhamdulillah,antara target Expo buku uim kali ini adalah fokus pada kitab-kitab Mazhab Syafi’iyah.

Jazakallah Kheir Akhy Akmal sbb sudi temankan ke Expo Buku.(Sebab Kereta masuk bengkel & dia lagi tahu banyak kitab yang bagus+sesuai). 

Mazhab Syafi’ie adalah mazhab feqah yg byk dipraktikkan di Nusantara spt Malaysia,Indonesia,Singapura,Brunei,Thailand bahkan byk lagi.Termasuk juga Negera Mesir.

Kelemhan kita bila xtahu pasal mazhab lain,kt kadg2 merasakan kita yg benar dan orang lain salah.dan lebih parah mula mengatakan pandagan2 org yg menyelisihi kita tidak berasas walhal pandagn mereka dinuqil oleh ulama2 mazhab feqah.

kadg2 byk perkara kt xprasan,sy sendiri trkejut bila ada perbahasan feqah syafi’iyyah memakai kasut atau selipar mesti dalam keadaan duduk,dlm bab nikah-antaranya memilih calon isteri yg lebih putih,lebih rendah dari suami, dan banyak lagi.

bahkan Masyaikh sini sering menasihati kami supaya mempelajari dan memahami mazhab feqah di negara masing-masing.sebab tulah kali ini fokus kaji dan belajar mazhab syafi’ie.

Antara kitab yg menjadi pilihan saya (sesuai dgn budget sy);

  1. منهاج الطالبين تأليف الامام النووي – طبعة دار المنهاج
  2. كفاية الأخيار شرح متن أبي شجاع تأليف الإمام تقي الدين أبي بكر الحصني – طبعة دار المنهاج
  3.  فتح الرحمن بشرح زبد ابن رسلان للإمام شهاب الدين العباس أحمد الرملي – طبعة دار المنهاج
  4. الياقوت النافيس في مذهب ابن إدريس تأليف الإمام أحمد بن عمر الشاطري – طبعة دار المنهاج
  5. متن سفينة النجاه للشيخ السالم بن سمير الحضرمي
  6. المسائل الفقهية التي إنفرد بها الإمام الشافعي من دون إخوانه من الأئمة.للإمام ابن الكثير – عماد البحث العلمي

Faedah

  1. Majoriti masyarakat islam di Malaysia adalah bermazhab Syafi’ie,jadi-kita kena mengenali dan mempelajari mazhab syafi’ie supaya dapat memahami amalan masyarakat & berdakwah dgnnya.
  2. Penuntut Ilmu perlu mempelajari asas-asas mazhab supaya dapat mengenali titik perbezaan dan persamaan.
  3. Mazhab merupakan satu pemudah cara dalam memahami Fiqh,namun kembali kpd Al-Haq adalah lebih utama dari mengikuti pandangan mazhab.

wallahuaklam.

Sumber Pengambilan Sirah

Sumber Asas

  1. Al-Quran
  2. Hadis Nabawi

Shahih Bukhari (al-Jami as-Shahih al-Musnad Min Hadis Rasulillah Shallallahu alaihi wa sallam wa sunanihi wa ayyamihi.

Shahih Muslim

Ja`mi Tirmizi-(yang paling banyak meriwayatkan sirah rasul)

Kitab Sirah (kategori Tabi`in)

  1. Urwah bin Zubair (wafat 94 hijrah)-merupakan Fuqaha Sab`ah (antara 7 Fuqaha Madinah)
  2. Aban bin Utsman Bin Affan (wafat 101-105 hijrah)-Sedikit riwayat darinya dan tidak dikurniakan banyak anak murid  yang menyebarkan ilmunya.
  3. Amir bin Shuraihil as-Syakbi (wafat 103 hijrah)-Kitab al-Maghazi
  4. Ashim bin Umar Bin Qatadah (wafat 120 hijrah)-Beliau diperintahkan oleh Umar bin Abdul Aziz untuk membaca di Ja`mi al-Umawi berkenaan Kisah Peperangan dan Manaqib Sahabat.
  5. Syuraihil bin Saad al-Madani (wafat 123 hijrah)-Ibnu Uyainah berkata,”tidak ada yang lebih pakar berkenaan peperangan dan badriyyin melainkan beliau”.
  6. Muhammad bin Muslim Bin Shihab Bin Zuhri (wafat 124 hijrah)-merupakan Ulama Hadis besar di zamannya dan yang terawal meggunakan kaedah menghimpunkan sanad dalam penelitian sirah.
  7. Musa bin Uqbah (wafat 140 hijrah)-merupakan anak murid Imam az-Zuhri.
  8. Muhammad bin Ishaq at-Matlibi (wafat 151 hijrah)-merupakan anak murid Imam az-Zuhri.Imam dalam Kisah Peperangan tetapi kisahnya tidak mencapai darjat hassan bahkan hassan kerana Mudallas.mempunyai kitab “al-Mubatada wal mab`as wal al-maghazo”.dan dihimpunkan oleh Muhamamd bin Abdul Malik bin Hisham (wafat 218 hijrah) dan menamakan kitabnya Sirah Nabawiyyah atau lebih yang dikenali Sirah Ibnu Hisham.
  9. Muhammad bin Umar al-Waqidi (wafat 207 hijrah)-dinilai dhaif disisi ulama Hadis.Beliau mempunyai tambahan kepada sirah ibnu Hisham.

Berikut juga terdapat kitab Sejarah yang besar,yang didalamnya juga terdapat beberapa siri sejarah Nabawiyah.diantaranya adalah:

1)Muhammad bin Saad (wafat 230 hijrah) -Kitab Tobaqat al-Kubra.

  • Jilid 1 – 2 :sirah Nabawiyyah
  • Jilid 3-8  : kisah Sahabat dan Tabi`in serta Mereka yang megikuti selepasnya

2)Khalifah bin Khiyat (wafat 240 hijrah)-Kitab at-Tarikh.Imam Bukhari meriwayatkan banyak 23 hadis daripada Khalifat dalam kitab Shahihnya.

  • Menceritakan sirah nabawiyah
  • sirah Khulafa ar-rasyidin
  • Sirah Umawiyyah
  • Sirah Abbasiyyah sehingga 232 hijrah

3)Muhamamd bin Jarir at-tobari (wafat 310 hijrah)-Imam Sejarah Islam yang memberikan sumbangan besar dalam pengumpulan sejarah Islam.Kitabnya Tarikh ar-Rusul wal Muluk.

  • Tarikh Khalifah
  • Tarikh Anbiya
  • Tarikh Arab
  • Sirah ar-Rasyidin
  • Sirah Umawi
  • Sirah Abassi sehingga tahun 302 hijrah